Gambar program.

|

HIKMAH Bintulu memohon maaf kerana blog ini lama tidak di kemas kini. Buat sementara waktu gambar-gambar program sudah diupload.sila kan lihat..Insyallah akan dikemas kini di lain kesempatan.

SELAMAT HARI RAYA IEDUL ADHA

|

PERKHEMAHAN BELIA ISLAM KAPIT 2009.

|

Oleh : Ismawi Ishak

Seusai mesyuarat Perkhemahan Belia Islam Kapit 2009, saya harus pulang segera ke Bintulu. Bersyukur kerana jam mesyuarat dapat di awalkan ke jam 9.30 pagi.

Sesi mesyuarat yang turut dihadiri oleh pegawai Belia & Sukan Bahagian Kapit, Pegawai Jabatan Agama Islam Bahagian Kapit serta staf-staf beliau. Ketua kaum juga turut diundang bagi memberi pandangan dan sumbangan tenaga.



Kehadiran saya dari HIKMAH Bintulu bagai serampang dua mata, segala kepayahan sedikit demi sedikit beransur hilang lantas menjadi syukur kerana apa yang dirancang untuk dakwah di Kapit berjalan dengan baik. Kerjasama antara HIKMAH Bahagian dengan HIKMAH Bahagian lain perlu diteruskan kerana berjaya mengembeling tenaga di kalangan sesama HIKMAH.
Hari itu mesyuarat telah memutuskan akan perubahan tarikh program Perkhemahan Belia Islam Kapit yang pertama seumpamanya di Kapit iaitu pada 21 - 23 Disember 2009. Saya turut berbangga kerana mendapat kerjasama dari semua pihak yang terlibat. Tahniah Tuan Fadzli.


Suasana yang ramah amat nyaman untuk bergerak dengan lebih aktif, apatah lagi sokongan moral daripada Ketua kampung dan masyarakat belia di Kapit. Di maklumkan mereka seakan-akan tidak sabar untuk menyertai perkhemahan tersebut.





( Ustaz Nazar -JAIS KAPIT)












( Haji Fadzli mempengerusikan mesyuarat)











( Haji Fadzli Kipali- Pen Pegawai Dakwah HIKMAH Kapit)










Kunjungan Ke KAPIT.

|

Oleh : Ismawi bin Ishak

Di Kapit Tuan Haji Fadzli mengundang saya ke program beliau, dengan serba kekurangan saya gagahi juga untuk hadir membantu beliau , Pegawai Dakwah HIKMAH Kapit, dan lagi pula pihak Ibu Pejabat HIKMAH memberi persetujuan secara lisan
meskipun tidak ada secebis surat yang saya terima.

Perjalanan ke Kapit mengambil detik waktu yang panjang, bayangkan saya menaiki express jam 1.45 pm dan sampai Kapit pada jam 5.00 pm. Mujur dalam Express begitu nyaman dan terkadang risau juga apabila melihat arus deras Batang Rajang. Saya bergegas ke terminal express, kata juru ticket mesti masuk tepat jam 1.30 pm dan saya sedikit gelabah kerana kereta saya masih belum parking. Maklum sebaik saja sampai Bandar Sibu saya terus ke Terminal Express. Nak pakir dimana....? Saya sedikit bingung. Akhirnya saya sekali lagi bergegas ke Hotel RH dan parking di sana. Alhamdulillah, lantas berlari-lari anak menuju terminal express, lima minit lagi hampir pukul 1.30 pm. Ya Rabb...tabahkan hati ku.

Kiranya inilah kali pertama saya menjejaki kaki ke Kapit. Saya cuma tahu dari Kapit lahir seorang pejuang yang ulung di Sarawak iaitu Temenggong Jugah. Itu pun saya baca dari sejarah pejuang Sarawak.

Sebaik Express merapat warf (dermaga) Haji Fadzli telah menunggu saya, petang itu kami ronda-ronda pekan Kapit. Sememangnya sebuah bandar yang kecil . Masyarakat di Kapit begitu ramah dan kebetulan pula saya memang fasih bertutur bahasa Iban, ramai juga mereka yang beragama Islam. Sedikit sebanyak saya dapat maklumat tentang sosio budaya masyarakat disini setelah diterangkan oleh Haji Fadzli. Beliau hampir 9 bulan bertugas di Kapit, makanya saya tidak hairan kalau beliau dikenali ramai orang di sini.

Saya kira beliau bertuah, selaku pegawai HIKMAH kerja-kerja dakwa adalah tugas yang utama. Buat masa ini beliau berpejabat di Bangunan Mahkamah dan JAIS Kapit. Bangunan yang tersergam indah.

Terkenang cuma saya dan Ustaz Ariffin yang tidak berpejabat. kasihannya. Haji Fadzli memaklumkan kepada saya bahawa mesyuarat akan diadakan esok pada jam 9.30 pagi, asalnya ialah pada jam 2.30 petang lantas saya bertanya bila saya pulang. alhamdulillah dipekan yang kecil seperti Kapit agak mudah untuk menghubungi teman-teman bagi menukar tarikh.


Insyallah esok saya akan membentangkan tentang perlaksanaan program belia Islam yang bakal diadakan di Kapit. Saya dimaklumkan program seumpamanya baru diadakan dalam skala yang agak besar, tahniah Tuan Haji.

Selama ini saya hanya mendengar tentang sungai Rajang yang terpanjang di Malaysia, tak disangka dalam usia sebegini saya mudik sungai Rajang. paling menarik kerja keras orang lama HIKMAH bertapak di Kapit.


Hasil usaha orang lama harus dihargai bahkan mesti diteruskan dengan mantap. kebanyakan penduduk kapit adalah kaum Iban semantara Islam masih sekitar 20 %. Usaha untuk menyemarakkan dakwah harus digiatkan meskipun kosnya agak tinggi. Banyangkan tambang dari Sibu sekitar RM30 dan RM20 paling murah. Hotel pun agak mahal, Hotel bajet kosnya RM100 +++.

Saya di jamu oleh Tuan Haji Fadzli di rumah beliau, sempat juga saya membeli buah dabai. satu kong RM3 , boleh dikatakan murah kerana di Bintulu satu kong sahaja RM6 ke RM8 . saya beli 2 kong dengan harga RM5.

Insyallah akan saya sampaikan kisah mesyuarat Program HIKMAH Kapit.


BROSUR KEM CUTI SEKOLAH.

|

Ibubapa yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak, sila dapatkan brosur serta menghubungi pihak penganjur seperti alamat yang tertera. Selamat beramal kebajikan untuk anak-anak demi masa depan yang gemilang dan mendapat keredhaan Allah.

MAJLIS MUZAKARAH DAN KESYUKURAN JKTAIB

|

12 November 2009, JKTAIB (Jawatankuasa Tetap Aktiviti Islam Bintulu) menganjurkan aktiviti yang pertamanya iaitu Majlis Kesyukuran keatas Tuan Haji Mohidin Bin Haji Ishak yang mendapat Gelaran Datu oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak sempena sambutan Hari Jadi TYT.

Majlis disusuli dengan sesi muzakah dikalangan ahli JKTAIB dan dipengerusikan oleh Tuan Haji Ismail Bin Haji Hanis, Residen Bahagian Bintulu. Di antara tetamu yang hadir ialah Temenggong Abg Suhaili Bin Abg Mohamed, Ketua-ketua Jabatan kerajaan , KASTAM, Land & Survei , Ketua Polis, LAKIB, JAIS,Pegawai Daerah, Ketua-ketua Kaum serta wakil daripada NGO Islam JIM , MACMA , HIKMAH dan lain-lain.


Sebagai ahli JKTAIB , HIKMAH berkesempatan mengutarakan beberapa program yang akan diketangahkan iaitu mengadakan seminar pembangunan ummah dipenghujung tahun 2009 serta perlaksanaan Kem Cuti Sekolah 2009.


Pandangan positif dan sokongan daripada semua pihak membolehkan aktiviti JKTAIB selaku badan induk yang menyalaras aktiviti Islam di Bintulu akan kembali bernafas.





















Tuan Haji Ismail bin Haji Hanis...Residen Bahagian Bintulu mempengerusikan sesi muzakarah JKTAIB.




















( Bergambar kenangan Ahli-ahli JKTAIB)

|

KEM CUTI SEKOLAH 2009

Sempena musim cuti sekolah semester yang akan datang HIKMAH Bintulu sekali lagi menganjurkan program KEM CUTI SEKOLAH 2009. Kem yang antara lain mensasarkan penyertaan golongan remaja di sekitar Bintulu dengan objektif seperti berikut;

1. Mengisi masa lapang para peserta dengan rangkaian aktiviti yang bersepadu iaitu dunia & akhirat.
2. Membimbing para peserta agar mempunyai tujuan hidup yang benar dan saat menghadapi cabaran dalam kehidupan.
3. Menanam kecintaan dalam diri para peserta untuk melakukan aktiviti yang mendatangkan manfaat kepada diri, keluarga dan masyarakat seterusnya negara.

  • Kem Cuti Sekolah 2009 akan dikendalikan pada 1-15 Disember 2009.
  • Lokasi kem : Banggunan Martabat, Bintulu
  • sasaran peserta Tingkatan 2-5 (Lelaki & Perempuan)
  • Yuran penyertaan RM250 seorang
Kandungan Program.

  • Program pendidikan Islam Intensif. ( Madrasah )
  • Outdoor training.
  • Dialog intaraktif remaja.
  • Multimedia
  • Sholat berjamaah 5 waktu.
Sesiapa yang berminat untuk menyertai KEM CUTI SEKOLAH 2009 (HIKMAH) Sila hubungi;


Ustaz Ariffin Bin Haji Sebli : 013-840 8201
Ismawi Ishak : 012-8700112
Ustaz Ali Fathulloh Harun : 013-8169561 atau email : hikmahbintulu@gmail.com





 

©2009 HIKMAH BINTULU | Template Blue by TNB